Friday 3 August 2012

Risalah bilik sains

PIAGAM PELANGGAN


Kami tenaga pengajar mata pelajaran sains di SK Ahmad dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi mempertingkatan ilmu pengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi demi menyahut cabaran wawasan 2020 dan selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk:
• Menjamin setiap murid SK Ahmad menguasai kemahiran Sains dengan cemerlang, selaras dengan misi dan visi sekolah
• Mengurus dan mengemaskini program yang berkaitan dari masa ke semasa.
• Menyelaraskan penggunaan bilik sains dan peralatan dengan sempurna.
• Sentiasa memelihara dan membaikpulih jika berlaku kerosakan radas yang ada di dalam bilik sains.
• Menjamin penggunaan Bilik Sains secara berkesan dan terkawal..
• Memantau penggunaan Bilik Sains dari semasa ke semasa.
• Sentiasa memastikan Bilik Sains menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang terbaik untuk guru dan murid.
• Mengutamakan pelangggan dalam segala hal berkenaan penggunaan Bilik Sains.
• Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Bilik Sains.

 

Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa atau bilik alam dan manusia.
Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah sebuah meja yang sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik, pemadam api, almari penyimpanan bahan, rak buku atau bahan rujukan dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Atas inisiatif tersebut, pihak sekolah telah mewujudkan 2 buah bilik sains (bilik sains 1 dan bilik sains 2). Bilik sains tersebut telah dibaikpulih secara berperingkat-peringkat, bermula akhir tahun 2011.

Bilik Sains 1 dilengkapi dengan alat-alat radas sepertimana bilik sains yang lain. Manakala Bilik Sains 2 lebih kepada bilik pengajaran bersumberkan maklumat berteknologi  seperti pengajaran berpandukan CD dan sumber rujukan pelbagai buku-buku.

Di dalam bilik sains 2, terdapat bilik kecil yang dinamakan Bilik Angkasa Lepas , bertujuan membawa para pelajar menjelajah ruang angkasa serta memberikan pengalaman sebenar seolah-olah berada di ruang angkasa lepas.



No comments:

Post a Comment