KSSR

Alhamdulillah, akhirnya saya telah dapat menghabiskan kursus KSSR tahun 3 yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2013), insyallah.

Dapatan daripada menghadiri kursus ini dari 18 September hingga 21 September 2012 iaitu selama 4 hari, saya begitu jelas dengan pelaksanaan dasar ini. Sebelum ini, saya dan rakan-rakan kursus hanya mendengar dari rakan-rakan yang telah mengikuti kursus ini melalui latihan dalaman yang telah dilaksanakan di sekolah. Boleh dikatakan sebelum ini, saya hanya tahu tetapi sekarang saya bangga bahawa saya telah tahu, faham, boleh buat dengan beradab. Agaknya saya dah masuk band 4...sebelum ini hanya band 1 je la...(hehehe)..Nak masuk Band 5 dan 6 perlulah melaksanakan sendiri PdP dengan murid-murid nanti.

Terima kasih kepada Puan Zaiton kerana mensyorkan nama saya untuk mengikuti kursus ini, padahal pada mulanya berat hati untuk meninggalkan sekolah dalam jangkamasa 4 hari. Tetapi berbaloi kerana saya dapat ilmu yang sangat berguna. Melalui pemerhatian dan pemahaman saya, memang eloklah jika semua guru-guru yang belum mengikuti kursus KSSR perlu melalui proses ini.

Oleh sebab itulah, saya telah mewujudkan tajuk KSSR untuk pengkongsian ilmu ataupun perbincangan yang berkaitan KSSR.






Format RPH  DST (Dunia Sains Dan Teknologi)

Matapelajaran / kelas :
Tema / tajuk :
Masa :
Bilangan Murid :
Standard pembelajaran :
Objektif pembelajaran :
KPS :
Aktiviti PdP :
EMK :
Bahan Bantu Belajar :
Refleksi :

Format RPH TMK (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)

* semuanya sama seperti RPH DST kecuali KPS tiada dalam rancangan pengajaran harian TMK.

No comments:

Post a Comment