Saturday 19 December 2015

Format baru UPSR subjek Sains 2016

Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016


Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. 

Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

  • Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
  • UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 


Di sini dikongsikan bersama format baru UPSR bagi subjek Sains 2016

  • Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

format sains upsr 2016

Tuesday 15 December 2015

Taman Sains SK Ahmad...bermula 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 Begitu lama Cikgu tidak terjah di laman inu...alhamdulillah, akhirnya bertemu kembali.

Kali ini Cikgu hendak paparkan sesuatu yang baru....untuk kita khususnya. Banyak faedah dan objektif dari projek ini. Kamu boleh menjelajah diruang ini...mengkaji Dan memahami dsamping mencintai ciptaanNya.

Yup...Taman Sains...
Dimulakan projek ini selepas peperiksaan UPSR 2015...Dan mestilah kerjasama dari murid-murid Tahun 6 sesi 2015 yang Cikgu sayang. Cikgu sangat hargai penat lelah Dan usaha kamu. Tidak kira dari kelas mana, yang Cikgu nampak kamu ada sikap positif iaitu 'kerjasama'. Semoga Allah s.w.t memberkati kamu, anak-anakku...

Ok...Cikgu belanja gambar-gambar yang sempat Cikgu snap...oh ye...Taman kita hampir siap ye.

Gambar sebelum dan selepas...ya, di sinilah Taman Sains SKA






Sebenarnya banyak gambar...maaf ye anak-muridku...tapi nampak tak hasilnya? Hihi

Baru gambar-gambar 'kerjasama'....nanti Cikgu belanja pula hasilnya. 








Orait...dua gambar di atas tu adalah yang terkini. Lepas ni menang ada lagi tambahan. Harapan Cikgu...jaga dan hargailah Taman Sains... Tidak kiralah kamu dari kelas mana, hatta sebagai bekas pelajar SKA.
Dikesempatan ini juga, Cikgu mengucapkan terima kasih atas penyumbang-penyumbang samada Dari segi sumber kewangan, barangan ataupun tenaga. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. 



Friday 29 November 2013

Terima Kasih Ya Allah. Syukur alhamdulillah.

Syukur skali lagi kepadaMu Ya Allah.

Keputusan UPSR 2013 bagi subjek Sains begitu memberangsangkan. Akhirnya perit jerih selama ini telah terbalas dengan keputusan yang membuatkan kami guru-guru Sains tersenyum kepuasan dengan hasil didik yang telah dicurahkan.

A- 37 orang, B - 42, C - 20
Peratus menguasai iaitu 98 %
GPMP iaitu 1.89

5 tahun sebelum ini, GPMP tidak pernah kurang daripada 2.00
Mudah-mudahan kegembiraan ini akan diulang pada tahun-tahun seterusnya..dan moga bertambah baik. Insyallah...
Kini admin yakin bahawa kejayaan pasti dimiliki jika ada usaha, kesungguhan, keikhlasan, kekuatan berpasukan dan doa kepadaMu Ya Allah.

Sunday 6 October 2013

Program selepas UPSR 2013 (PANITIA SAINS)

Kembali semula ke blog bilik sains SKA....
Maaf kerana lama tidak menerjah ke sini. Ini yang dapat dikongsi bersama pembaca khususnya pelajar-pelajar di SKA dan warga SKA. Ini adalah antara aktiviti Panitia Sains khususnya program selepas UPSR.

Cikgu memang berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan murid-murid tahun 6 untuk menjayakan program ini. Nama aktiviti untuk tahun ini adalah membina model akuarium. Berbeza dengan tahun lepas, ingat lagi tak?... tahun lepas membina model rumah daripada bahan-bahan terbuang, kali ini membina model akuarium.

Haa...kenapa cikgu pilih model ini, adalah untuk mengaplikasikan semula pembelajaran kamu semasa lawatan tahun 6 ke Akuaria. Apa yang kamu alami dan lihat perlulah di adaptasikan dalam bentuk akuarium buatan kamu...dan inilah hasilnya....











Macamana? cantik kan.....
Murida-murid bukan sahaja membina model, bahkan menyediakan sekali buku skrap bagi menerangkan model masing-masing.

Apa-apa pun, cikgu mengucapkan tahniah, atas usaha murid-murid tahun 6. Semoga gilapkan lagi kreativiti kamu.

Saturday 2 March 2013

PeKA 2013

Bermulalah aktiviti.......... murid-murid SK Ahmad menjalankan beberapa eksperimen untuk PeKA (Penilaian Kerja Amali Sains). PeKA melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Setiap murid akan dinilai dari pelbagai Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif (KM). Sekiranya terdapat murid yang tidak melepasi kreateria KPS dan KM, murid tersebut perlu dibimbing oleh guru. PeKA amatlah penting kerana murid-murid perlu memguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Contoh kemahiran KPS seperti :

KPS 1   :  Memerhati
KPS 2   :  Mengelas
KPS 3   :  Mengukur dan menggunakan nombor
KPS 4   :  Berkomunikasi
KPS 5   :  Menggunakan perhubungan ruang dan masa
KPS 6   :  Mendefinasi secara operasi
KPS 7   :  Mengeksperimen


Tajuk pembiakan tumbuhan perlu persediaan yang lebih awal lagi, murid-murid membawa kentang, bawang dan keratan batang pokok bunga raya.
Perlu persiapan awal, kerana eksperimen ini memerlukan masa yang lama untuk diperhatikan
Pembiakan tumbuhan (tahun 4)

Tajuk ini berkaitan tindakbalas tumbuhan terhadap rangsangan. Murid-murid perlu menyediakan anak pokok dan selepas itu anak pokok yang sama saiz akan diuji dari segi tindakbalas terhadap rangsangan air, cahaya matahari.
Tindakbalas tumbuhan terhadap rangsangan (tahun 4)

Eksperimen ini memang menyeronokkan, saya pernah lakukan pada murid-murid kelas terakhir...murid-murid mudah faham berdasarkan pemerhatian mereka. Melakukan eksperimen di permukaan yang berbeza iaitu di atas padang berumput, dijalan bertar dan di atas simen marmar.
Daya Geseran ( tahun 6)

Daya Gesaran (tahun 6)

Daya Geseran (tahun 6)

Jeruk weh....jeruk kedondong dan jeruk lada. Meletop!
Penjerukan (tahun 6)

 Keperluan asas tumbuhan iaitu (ACU)...murid tahun 4 Excellent dan 4 Intelligent suka dengan sebutan ini... 
Keperluan asas tumbuhan (tahun 4)

Thursday 7 February 2013

Tahun 2013

Cabaran baru bagi tahun 2013....
Harapan guru-guru menggunung tinggi, semoga Allah memberi rahmatNya dan memperkenankan permintaan hambaNya.

Apabila berhadapan murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, perkara yang utama sekali guru sains akan uji minda murid-murid. Sejauh mana pemahaman fakta-fakta yang telah dipelajari khususnya dari tahun 4 dan tahun 5. Seterusnya soalan-soalan KPS.

Daripada pemerhatian awal kami guru-guru sains, murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini. Mereka tahu target mereka, mahu A dalam subjek sains. Guru-guru perlu memberi dan memandu arah murid-murid agar berjaya dengan cemerlang. Insyallah.

Monday 19 November 2012

Syukur Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah.

Gembira hanya keranaMu, Ya Allah. Sukaku hanya keranaMu, Ya Rahman Ya Rahim.

Akhirnya keputusan UPSR diumumkan hari ini, tahniah kepada murid-murid SK Ahmad yang berjaya mendapat 5A dan tahniah kerana mendapat keputusan baik untuk subjek sains. Seramai 24 orang murid mendapat 5A dan peratus menguasai sains iaitu 93%,  iaitu mendahului BM Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Seramai 33 orang murid mendapat A dalam matapelajaran sains. Nampaknya keputusan sains tahun ini menyamai keputusan pada tahun 2007. Di mana 4 tahun kebelakangan ini, keputusan sains amat-amat membimbangkan hati guru-guru sains. Berbagai usaha kami cuba dan fikirkan untuk murid-murid....dan akhirnya inilah hasilnya.

Inilah dia hadiah yang amat berharga yang guru-guru sains perolehi, kami bukannya mahukan hadiah yang mahal-mahal, tetapi memadailah keputusan membanggakan ini. Alhamdulillah.

Disebalik kejayaan ini, berbagai rintangan dan cubaan yang telah dihadapi oleh guru-guru sains. Suka duka kami kongsikan bersama. Bertuah rasanya kerana gandingan guru-guru sains makin lama makin sehati sejiwa (macam lagu la pulak), bersatu dan bermuafakat. Terima kasih cikgu-cikgu. Sebagai KP, saya teruja dengan sikap kalian sebenarnya. Teruskan.

Dan sebenarnya, paling penting adalah kesedaran murid-murid itu sendiri. Marah guru...cubit guru...pulas guru, sebenarnya untuk kebaikan bukan menyakitkan kamu. Terutamanya kelas paling hujung, tiada perkara mustahil melainkan keinginan dan semangat kamu untuk terus berjaya. Walaupun kamu ditempatkan dikelas akhir tetapi kamu berjaya juga mendapat B dalam subjek sains. Bangga cikgu dengan kamu! Kamu sudah buktikan!

Key...janji tetap janji....Kepada murid 6 Genius, meh kita menyambut kegembiraan ini pada 21 November 2012 (Rabu), jam 8.30 - 9.00pagi di dataran biru SK Ahmad. Jangan tak datang.