Syukur Alhamdulillah.
Gembira hanya keranaMu, Ya Allah. Sukaku hanya keranaMu, Ya Rahman Ya Rahim.
Akhirnya keputusan UPSR diumumkan hari ini, tahniah kepada murid-murid SK Ahmad yang berjaya mendapat 5A dan tahniah kerana mendapat keputusan baik untuk subjek sains. Seramai 24 orang murid mendapat 5A dan peratus menguasai sains iaitu 93%, iaitu mendahului BM Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Seramai 33 orang murid mendapat A dalam matapelajaran sains. Nampaknya keputusan sains tahun ini menyamai keputusan pada tahun 2007. Di mana 4 tahun kebelakangan ini, keputusan sains amat-amat membimbangkan hati guru-guru sains. Berbagai usaha kami cuba dan fikirkan untuk murid-murid....dan akhirnya inilah hasilnya.
Inilah dia hadiah yang amat berharga yang guru-guru sains perolehi, kami bukannya mahukan hadiah yang mahal-mahal, tetapi memadailah keputusan membanggakan ini. Alhamdulillah.
Disebalik kejayaan ini, berbagai rintangan dan cubaan yang telah dihadapi oleh guru-guru sains. Suka duka kami kongsikan bersama. Bertuah rasanya kerana gandingan guru-guru sains makin lama makin sehati sejiwa (macam lagu la pulak), bersatu dan bermuafakat. Terima kasih cikgu-cikgu. Sebagai KP, saya teruja dengan sikap kalian sebenarnya. Teruskan.
Dan sebenarnya, paling penting adalah kesedaran murid-murid itu sendiri. Marah guru...cubit guru...pulas guru, sebenarnya untuk kebaikan bukan menyakitkan kamu. Terutamanya kelas paling hujung, tiada perkara mustahil melainkan keinginan dan semangat kamu untuk terus berjaya. Walaupun kamu ditempatkan dikelas akhir tetapi kamu berjaya juga mendapat B dalam subjek sains. Bangga cikgu dengan kamu! Kamu sudah buktikan!
Key...janji tetap janji....Kepada murid 6 Genius, meh kita menyambut kegembiraan ini pada 21 November 2012 (Rabu), jam 8.30 - 9.00pagi di dataran biru SK Ahmad. Jangan tak datang.
No comments:
Post a Comment