Friday 28 September 2012

Bilik Sains 2

Bilik Sains 2 dan Bilik Angkasa Lepas

Antara posisi yang siap....
sudut matapelajaran dan bilik angkasa lepas

siap...kalau diperhatikan, lantai bilik sains 2 banyak berlopak

di dalam bilik angkasa lepas

Buruj

sistem suria


Terkini, 03 Oktober 2012

sudut hasil kerja murid.

 
Bersoal jawab dengan menggunakan kad memori. Murid gembira dan bersemangat.

Thursday 20 September 2012

Aktiviti lagi

Hadiah untuk Program Uji Minda

Bercerita Sains

Eksperimen 'Mixing Substances'

Friday 14 September 2012

bilik sains 1

Perlu ditambah lagi...

pemandangan dari arah belakang

Kabinet bawah banyak rosak. Terpaksalah angkat almari lama. 
 Apa yang penting bilik sains 1 hampir siap.


Friday 7 September 2012

Tips ketika menghadapi UPSR subjek Sains

Beberapa jam lagi murid tahun 6, akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012. Cikgu pasti kamu sudah bersedia bertarung di dalam dewan peperiksaan nanti. Kamu hendaklah tenang menjawab semua soalan tersebut dengan yakin dan betul. Cikgu-cikgu Sains SK Ahmad mengharapkan kamu menjawab soalan-soalan sains dengan cemerlang. Biar apapun soalan yang keluar, cikgu pasti kamu boleh menjawabnya. Di saat akhir ini, pastikan kamu sudah 'MASTER' semua tajuk sains. Beberapa tips yang perlu kamu pastikan:-
  • Memahami semua tajuk sains dari tahun 4, 5 dan 6.
  • Tulis semula isi-isi penting / setiap tajuk dari tahun 4, 5 dan 6. Kamu boleh tulis dalam bentuk peta konsep atau nota ringkas kamu sendiri tanpa melihat mana-mana buku nota.
  • Semasa menjawab soalan bahagian A, garis isi-isi penting. Fahami kehendak soalan. Jika perlu ulang membaca soalan yang keliru.
  • Sekiranya ada soalan yang susah, tinggalkan. Teruskan soalan seterusnya, INGAT!, bulatkan soalan yang ditinggal tadi dan kembali semula menjawab.
  • Pastikan jangan membazir masa ketika menjawab soalan bahagian A. 
  • Soalan bahagian B pula, kamu hendaklah membaca semua soalan. Gariskan isi-isi penting dan cari maklumat di dalam soalan yang diberikan. 
  • Kenalpasti dahulu pembolehubah-pembolehubah (PM,PB,PDM) @ (WTC,WTO,WKS).
  • Fahami kehendak soalan (cth : 1(a) Tujuan.     1(b) Dua (2) Maklumat       1(c) Pemerhatian lain )
  • INGAT dan IKUTI segala tips yang telah diajar oleh cikgu anda.
Kamu masih belum terlambat. Jika masih ada kekeliruan ketika membuat ulangkaji, berbincang dengan rakan ataupun paling selamat berjumpa dengan guru Sains kamu.
Insyallah, kamu pasti berjaya dengan cemerlang. Yakin dengan diri kamu dan cikgu-cikgu Sains sentiasa mendoakan yang Terbaik untuk kamu semua....