- Memahami semua tajuk sains dari tahun 4, 5 dan 6.
- Tulis semula isi-isi penting / setiap tajuk dari tahun 4, 5 dan 6. Kamu boleh tulis dalam bentuk peta konsep atau nota ringkas kamu sendiri tanpa melihat mana-mana buku nota.
- Semasa menjawab soalan bahagian A, garis isi-isi penting. Fahami kehendak soalan. Jika perlu ulang membaca soalan yang keliru.
- Sekiranya ada soalan yang susah, tinggalkan. Teruskan soalan seterusnya, INGAT!, bulatkan soalan yang ditinggal tadi dan kembali semula menjawab.
- Pastikan jangan membazir masa ketika menjawab soalan bahagian A.
- Soalan bahagian B pula, kamu hendaklah membaca semua soalan. Gariskan isi-isi penting dan cari maklumat di dalam soalan yang diberikan.
- Kenalpasti dahulu pembolehubah-pembolehubah (PM,PB,PDM) @ (WTC,WTO,WKS).
- Fahami kehendak soalan (cth : 1(a) Tujuan. 1(b) Dua (2) Maklumat 1(c) Pemerhatian lain )
- INGAT dan IKUTI segala tips yang telah diajar oleh cikgu anda.
Insyallah, kamu pasti berjaya dengan cemerlang. Yakin dengan diri kamu dan cikgu-cikgu Sains sentiasa mendoakan yang Terbaik untuk kamu semua....
Tahniah, kamu sudah pun selesai menjawab soalan-soalan Sains. Harapan mestilah tinggi...sekarang perbanyakkan berdoa dan solat sunat hajat. Semoga mendapat keputusan yang CEMERLANG. Amin.
ReplyDelete