Monday 19 November 2012

Syukur Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah.

Gembira hanya keranaMu, Ya Allah. Sukaku hanya keranaMu, Ya Rahman Ya Rahim.

Akhirnya keputusan UPSR diumumkan hari ini, tahniah kepada murid-murid SK Ahmad yang berjaya mendapat 5A dan tahniah kerana mendapat keputusan baik untuk subjek sains. Seramai 24 orang murid mendapat 5A dan peratus menguasai sains iaitu 93%,  iaitu mendahului BM Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Seramai 33 orang murid mendapat A dalam matapelajaran sains. Nampaknya keputusan sains tahun ini menyamai keputusan pada tahun 2007. Di mana 4 tahun kebelakangan ini, keputusan sains amat-amat membimbangkan hati guru-guru sains. Berbagai usaha kami cuba dan fikirkan untuk murid-murid....dan akhirnya inilah hasilnya.

Inilah dia hadiah yang amat berharga yang guru-guru sains perolehi, kami bukannya mahukan hadiah yang mahal-mahal, tetapi memadailah keputusan membanggakan ini. Alhamdulillah.

Disebalik kejayaan ini, berbagai rintangan dan cubaan yang telah dihadapi oleh guru-guru sains. Suka duka kami kongsikan bersama. Bertuah rasanya kerana gandingan guru-guru sains makin lama makin sehati sejiwa (macam lagu la pulak), bersatu dan bermuafakat. Terima kasih cikgu-cikgu. Sebagai KP, saya teruja dengan sikap kalian sebenarnya. Teruskan.

Dan sebenarnya, paling penting adalah kesedaran murid-murid itu sendiri. Marah guru...cubit guru...pulas guru, sebenarnya untuk kebaikan bukan menyakitkan kamu. Terutamanya kelas paling hujung, tiada perkara mustahil melainkan keinginan dan semangat kamu untuk terus berjaya. Walaupun kamu ditempatkan dikelas akhir tetapi kamu berjaya juga mendapat B dalam subjek sains. Bangga cikgu dengan kamu! Kamu sudah buktikan!

Key...janji tetap janji....Kepada murid 6 Genius, meh kita menyambut kegembiraan ini pada 21 November 2012 (Rabu), jam 8.30 - 9.00pagi di dataran biru SK Ahmad. Jangan tak datang.

Friday 2 November 2012

Tugasan yang perlu disempurnakan.

Salam 1 Malaysia,

Maaf kerana begitu lama tidak menjenguk di sini. Pelbagai tugas perlu diselesaikan sebelum cuti akhir persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi. Macam rasa tidak menang tangan dibuatnya, alangkah seronoknya jika ada pembantu bagi meringankan tugas-tugas tersebut. Antara tugas yang telah dan sedang diselesaikan :
1. Analisis matapelajaran sains tahun3 hingga 6
2. Mesyuarat Panitia kali ke4
3. Program mengatasi kelemahan subjek sains
4. Kemaskini fail panitia
5. Kemaskini profil murid
6. Kemaskini profil matapelajaran
7. Pengurusan PEKA
8. KSSR
9. Pengurusan bilik sains
10. Perancangan program PKKP sains tahun 2013

Di atas adalah antara tugas-tugas yang perlu diambil tindakan oleh seorang KP sains.

Mesyuarat Panitia Sains kali ke 4 yang telah dilaksanakan pada 29hb November 2012 (Isnin), telah memutuskan akan menyediakan kerja rumah bagi murid-murid tahun 4 dan 5.Objektif program ini iaitu :

1. Menggalakkan murid-murid membaca dan mengingati fakta-fakta sains secara berterusan.
2. Memupuk minat murid terhadap matapelajaran sains.
3. Mengingati serta mengukuhkan semula tajuk-tajuk yang telah dipelajari.

Penyerahan modul tersebut akan diserahkan pada 7 dan 8hb November 2012. 
Kami sebagai guru mengharapkan agar, semua murid tahun 4 dan 5 hadir untuk mendapatkan modul tersebut pada hari yang telah ditetapkan.

Perlaksanaan modul :

1. Murid dibekalkan modul iaitu nota dan latihan.
2. Murid membaca dan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.
3. Ibu bapa perlulah memantau.
4. Murid akan menyerahkan modul tersebut kepada guru sains masing-masing di awal persekolahan sesi 2013.

Semoga usaha bersama guru-guru sains dengan ibubapa dapat membantu murid-murid berada dilandasan target yang sebenarnya. Tiadalah kejayaan jika tiada usaha bersama dan yang penting kesungguhan dan kesedaran murid itu sendiri.

Sekian,
Prihatin dan Harapan .